Econsave lodges police report over Facebook claim that it doesn’t sell Muslim and Bumiputera products…

FITNAH TERHADAP ECONSAVE AKHIRNYA TERUNGKAI

Econsave mengambil maklum berkenaan tuduhan dan fitnah sebuah persatuan yang menuduh Econsave tidak lagi menjual produk bumiputera di dalam sebuah ‘group’ Facebook Komuniti Seri Iskandar Perak. Baru-baru ini, pihak Seri Iskandar Archery Club telah menarik balik posting mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada pihak kami atas tuduhan tidak berasas mereka.

Kami menerima permohonan maaf daripada Seri Iskandar Archery Club dengan syarat mereka HARUS BERTANGGUNGJAWAB untuk meminta SETIAP INDIVIDU yang telah menggunakan posting fitnah Seri Iskandar Archery Club yang telah di ‘screenshot’ di dalam ‘group’ Facebook Komuniti Seri Iskandar untuk menarik balik posting mereka di semua platform yang telah mereka sebarkan atau dikenakan tindakan undang-undang

Ini adalah bagi menjaga nama baik dan reputasi Econsave sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dan juga bagi menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Kami kesal dengan insiden yang berlaku dimana tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali. Apa yang berlaku antara pihak Econsave dengan sebuah syarikat kicap adalah berkenaan dengan kos dan sokongan pemasaran, tidak ada kena mengena dengan bangsa atau agama. Walaubagaimanapun, pihak kami masih dalam proses rundingan .

Untuk pengetahuan anda juga, Econsave adalah antara pasaraya yang mempunyai banyak PEMBEKAL BUMIPUTERA MUSLIM seperti kicap Enaq, kicap Kipas Udang, Kicap Faiza, Kicap Tamin dan pelbagai produk Adabi termasuk kicapnya dan pelbagai lagi produk bumiputera.

Untuk makluman, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Halal Industry Development (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka dimana hampir 80 peratus peserta terdiri daripada usahawan-usahawan Bumiputera

Kami menasihatkan para pengguna dan warganet agar menyemak dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada umum.

Kami amat menghargai para pelanggan yang masih setia membeli belah bersama kami. Sememangnya Econsave adalah Pasaraya Rakyat Malaysia yang menawarkan harga terendah untuk anda. Bandingkan Harga Kami.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=970813773267585&id=464052417277059

..

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2019/09/518296/econsave-lodges-police-report-over-viral-claim

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s