A Kadir Jasin: History repeats itself as Zahid abandons Anwar again…

..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222770254020985&id=1114194475

  1. Hanya masa berlalu dan usia semakin tua. Tetapi plot drama politik ini tetap sama.
  2. Ahmad Zahid Hamidi berjanji, bersumpah setia sampai mati. Anwar percaya, tersenyum gembira tetapi penyudahnya kecewa.
  3. Dua puluh dua tahun lalu, Ahmad Zahid dengan bersemangat meniupkan trumpet lagu kroni hasil karya mentornya.
  4. Apabila krisis politik 1998 meledak dan Anwar tercampak daripada kepemimpinan Umno dan negara, Ahmad Zahid dengan penuh emosi mengikrarkan jiwa dan raga.
  5. Tetapi apabila “ditemuduga” oleh Dr Mahathir Mohamad yang intipatinya pilihan antara sumpah setia dengan harta dan kuasa, Ahmad Zahid memilih yang kedua.
  6. Dilajukan ke hadapan, ke zaman kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional (meminjam pakai jenama yang difatwakan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang), Ahmad Zahid sekali lagi mengikrarkan sokongan kepada Anwar.
  7. Sekali lagi Anwar percaya dan dengan penuh keyakinan memberitahu sidang media bahawa dia mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan dalam Dewan Rakyat.
  8. Ikut cerita, Ahmad Zahid bersama bekas bosnya, Mohd Najib Abdul Razak, bukan sekadar mengikrarkan sokongan kepada Anwar malah mengutus surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenainya.
  9. Kalau Ahmad Zahid dan Mohd Najib menjadi kawan baru dan sekutu Anwar namun ramai lagi yang memusuhinya. Di kalangan pemimpin parti-parti Pakatan Harapan sendiri, banyak yang tidak selesa mengenai kerjasama dengan Umno khususnya dengan Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan dan Mohd Najib yang sudah pun didapati bersalah.
  10. Anwar, Ahmad Zahid dan Mohd Najib terlupa bahawa walaupun kedudukan Muhyiddin Mohd Yassin dalam Dewan Rakyat lemah dan dia semakin tidak popular dengan rakyat jelata, tetapi dia masih Perdana Menteri. Dengan kedudukan itu dia masih mempunyai kuasa eksekutif sebagai benteng pertahanan.
  11. Ikut cerita, Muhyiddin dan konco-konconya telah memberi ingatan kepada Ahmad Zahid tentang kuasa eksekutif yang ada di tangan mereka.
  12. Maka, sekali lagi, macam pada tahun 1998 , Ahmad Zahid membuat pusingan-U atas alasan mahu membantu mengatasi wabak Covid-19 dan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara dan rakyat jelata.
  13. Maka genjatan senjata politik yang dipopularkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) yang pada mulanya dipersenda, kini menjadi alasan Ahmad Zahid untuk menyelamatkan diri.
  14. Apakah langkah Anwar seterusnya? Itulah soalan cepumas yang kita nanti-nantikan jawapannya.

Wallahuaklam. Terima kasih.

..

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Malaysiakini YOURSAY: So Khairuddin can get a refund for the fine he paid?

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

P Gunasegaram: Bye bye, Malaysia Airlines?

..

RM18 billion later, Malaysia Airlines still loses money…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

And Ismail Sabri laughed! πŸ˜‘

..

..

..

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lim Kit Siang: Why did Zahid capitulate so fast and so completely in the Malaysian Game of Thrones?

..

Why did Zahid capitulate so fast and so completely after 30 days of Malaysian Game of Thrones?

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sarawak Report: Burden of Proof…

..

https://www.sarawakreport.org/talkback/burden-of-proof/

https://www.sarawakreport.org/talkbacks/

Posted in Uncategorized | Leave a comment

GK Ganesan: Was the Speaker right to refer the Motion of No Confidence to a Minister of the Crown?

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Liew Chin Tong: 1990 – The election that changed Malaysia…

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

For people taking part in a Covid-19 challenge trial there might be no antidote available if it goes wrong!

..

..

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lim Kit Siang on the AGC, PAS Minister and No Further Action…

..

Posted in Uncategorized | Leave a comment