Pornhub and the Malaysian during the Covid-19 MCO (partial lock down)…

..

..

‘Duduk rumah muhasabah diri, bukan tengok laman lucah’

Diterbitkan 25 Mar 2020, 6:36 pm
Dikemaskini 25 Mar 2020, 6:36 pm

Pelakon Yatt Hamzah menyelar rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan melayari laman sesawang lucah ketika negara sedang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bagi membendung Covid-19.

Kata Yatt, Covid-19 sewajarnya dilihat sebagai satu ujian besar dan menjadi titik tolak umat Islam lebih mendekatkan diri dengan amalan ibadah.

“Astagfirullahaladzim, cukuplah dengan musibah yang ada ni. Jangan ditambah lagi. Bertaubatlah. Allah bagi ujian wabak Covid-19 ni untuk kita berfikir dan mendekatkan diri kepada-Nya.

“Justeru, bermuhasabah dan memperbaiki diri, bukan dengan berbuat maksiat, menambah laknat dan kemurkaan Allah. Hentikan pornografi,” katanya di media sosial hari ini.

Mengiringi hantaran tersebut, Yatt berkongsi beberapa data statistik diperoleh daripada laman pornografi Pornhub.

Terdahulu, media melaporkan trafik laman lucah Pornhub di Malaysia meningkat sehingga ke 84 peratus sepanjang penularan wabak Covid-19.

Melalui keterangan dipaparkan itu, Malaysia berada di tangga keempat berbanding Slovakia yang menduduki tempat pertama dengan 119 peratus pencarian.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkata, melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan sewaktu mereka sedang melakukan jimak, hukumnya adalah haram.

“Hukum melihat aurat orang lain adalah haram. Apatah lagi melihat bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh membangkitkan syahwat. Ia juga haram.

“Bagi yang dah berkahwin juga bukan suka-suka boleh tengok video lucah dengan alasan utk menambah ilmu. Haram tetap haram,” katanya.

Selain itu, Yatt, 39, juga mempercayai perbuatan melihat aurat orang lain boleh menumpulkan fikiran selain mengeraskan hati seseorang.

“Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk atau pikun,” katanya.

Gesaan Yatt tidak terhad sampai di situ, dia turut menggesa golongan selebriti dan Instafamous agar berhenti daripada terus berkongsi rakaman klip video, gambar seksi, lucah atau menggiurkan di media sosial.

“Sesiapa saja yang selalu memuat naik video dan gambar tiada manfaat demi (mengumpul) jumlah like dan keperibadian kalian, tolonglah hentikan,

“Hentikan dosa-dosa mengundang bencana dan akibatnya ditanggung semua yang tak bersalah,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/516810

..

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pornhub and the Malaysian during the Covid-19 MCO (partial lock down)…

  1. Edward Lye says:

    And nine months later, they will have to expand the Maternity Wards.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s