No fear of Covid-19! It was business as usual at the Malaysia Travel Fair 2020…

..

..

Malaysia Travel Fair 2020 bantu pulihkan industri pelancongan

Fareez Azman, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 13, 2020 18:09 MYT

KUALA LUMPUR: Susulan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada sektor pelancongan di negara ini sejak sebulan lalu, Kementerian Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan mengambil langkah-langkah perlu bagi melancarkan pameran pelancongan Malaysia Travel Fair 2020 di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian, Datuk Musa Yusof, kempen terbabit merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi membolehkan penggiat-penggiat industri pelancongan meneruskan aktiviti-aktiviti pelancongan dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan.

“Kita telah belajar daripada jrebu dan SARS dahulu, apa yang berlaku apabila pelancongan domestik adalah satu modal untuk kita cushion impact (mengurangkan kesan) yang ada.

“Jadi apa yang kita gerak sekarang ini, Malaysia adalah tourist generating country, ramai pelancong tempatan ke luar negara jiran, tetapi kebanyakan lokasi pelancongan lockdown,” jelasnya selepas merasmikan Pameran Malaysia Travel Fair 2020 di Pusat Dagangan Dunia di sini pada Jumaat.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-travel-fair-2020-bantu-pulihkan-industri-pelancongan-233621

..

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to No fear of Covid-19! It was business as usual at the Malaysia Travel Fair 2020…

  1. Pingback: The amazing Nancy Shukri, a Minister again: Minister of Tourism, Arts and Culture… | weehingthong

  2. citra's avatar citra says:

    Buat masa ini, percutian saya terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. kerana masalah virus ini. semoga ia cepat lulus supaya impian saya direalisasikan ke Malaysia.

Leave a comment