Papagomo, who once paid Anwar Ibrahim RM951,00 for defamation, lodges a police report against him for fake news…

..

Papa Gomo, UMNO’s ex super sex blogger, pays Anwar Ibrahim RM951,000 for defamation…

..

..

Papagomo lapor polis, dakwa Anwar sebar berita palsu

Diterbitkan Hari ini 6:55 pm
Dikemaskini Hari ini 6:55 pm

Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris membuat satu laporan polis terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim yang didakwa membuat kenyataan palsu berhubung pekerja asing di Malaysia.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Papagomo berkata kenyataan Anwar berkaitan angka pekerja asing di Malaysia seramai juta dan status ujian Covid-19 terhadap mereka tidak benar dan cuba menakutkan orang awam.

“Saya dapati, apa yang diucapkan oleh Anwar itu ternyata merupakan cubaan menyebar berita palsu dan cubaan menakut-nakutkan orang ramai.

“Maka dengan itu, saya telah membuat satu laporan polis terhadap beliau dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 “Pertamanya, Anwar berkata bahawa pada tahun 2019, jumlah pekerja asing di Malaysia ialah seramai 6.7 juta. Daripada jumlah itu, menurut Anwar, 2.7 juta daripadanya merupakan pekerja asing yang sah, manakala lebih 4 juta pula merupakan pendatang asing tanpa izin.

“Keduanya, selepas menyatakan statistik palsu kononnya pekerja asing mewakili sehingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja di Malaysia, beliau dilihat cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan cubaan menggambarkan negara kita akan dilanda kesan wabak yang sama seperti di Singapura.

“Statistik 6.7 juta pekerja asing itu telah dinafikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan mengesahkan bahawa statistik tersebut merupakan berita palsu,”katanya.

Tambahnya, jumlah sebenar pekerja asing menurut data Statistik Tenaga Buruh 2019 ialah hanya seramai 2.3 juta orang dan ia tiga kali ganda lebih rendah daripada jumlah yang didakwa oleh Anwar.

https://www.malaysiakini.com/news/523221

..

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment