Ianya merupakan satu perkara biasa untuk membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara kebudayaan seperti sambutan Tahun Baharu Cina. Kita adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan kita meraikan acara-acara seperti ini di peringkat kebangsaan sejak bertahun-tahun lalu. Kita perlu menghormati satu sama lain dan sama-sama meraikan acara seperti ini. Saya tidak melihat sebarang masalah dalam membuat hiasan seperti ini. Ianya bukan bersifat keagamaan dan bukan satu perayaan keagamaan. Jadi, kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh PUTRA itu adalah tidak berasas. Oleh itu, saya berpendapat bahawa sekolah tersebut tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan seperti ini.
..
It is common for decorations to be put up in celebration of a cultural event such as Chinese New Year. We are a multicultural society and we have been celebrating these events at a National level all these years. We need to respect each other and celebrate events like these together. I don’t see anything wrong with the decorations at all. They are not religious in nature and are not in celebration of any religious event. The concerns allegedly raised by PUTRA are therefore misplaced. I am of the view that the school should not have given in to the demands.
GOBIND SINGH DEO Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia Ahli Parlimen Puchong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221698092901960&id=1244184438