A stinking revenge: He stole a garbage truck to ram into a police officer’s house!

..

 

Lelaki rampas lori sampah, rempuh rumah polis

KUCHING: Seorang lelaki merampas sebuah lori sampah sebelum merempuh rumah anggota polis di Batu Kawa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, suspek yang menaiki sebuah kereta, dilihat menahan lori sampah berkenaan sebelum mengarahkan pemandu serta pekerjanya keluar dari kenderaan berat terbabit.

Pemandu lori sampah itu dikatakan keluar dari kenderaannya untuk menenangkan suspek yang kelihatan marah.

Bagaimanapun, suspek bertindak menaiki lori itu sebelum memandunya dan merempuh rumah anggota polis yang menjadi sasarannya.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit turut melanggar sebatang pokok.

Sejurus kejadian itu, suspek meninggalkan kenderaan berat berkenaan di lokasi sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, yang mengesahkan kes terbabit berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian serta mengesan suspek.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan motif masih disiasat, manakala suspek sedang dikesan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan kes terbabit.

Syarikat pengendali perkhidmatan kutipan sampah itu menegaskan, keselamatan pekerjanya dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan mereka.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/643991/lelaki-rampas-lori-sampah-rempuh-rumah-polis

..

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment