An assault after an accident: It doesn’t look like a fight, does it? In Segambut, K.L.

..

Two against one: It doesn’t look like a fight to me!

.

 

Bertumbuk lepas kemalangan [METROTV]

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

PERBALAHAN tercetus antara beberapa individu susulan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan 6/38a Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur, semalam.

Video berdurasi 37 saat berkenaan yang tular di media sosial sejak semalam menunjukkan beberapa individu bergaduh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu yang membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta iaitu Proton Persona dan Perodua Viva.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.44 malam itu, Perodua Viva dipandu lelaki berusia 31 tahun melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

โ€œAkibat perlanggaran itu, motosikal terbabit terbabas dan terkena Proton Persona,โ€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, dalam kemalangan itu, pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal luka di tangan serta kaki dan dirawat di sebuah hospital swasta.

Menurutnya, pergaduhan bagaimanapun tercetus selepas kemalangan itu.

โ€œSaya menasihatkan supaya individu yang terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada kemalangan ini membuat laporan polis berasingan atas perselisihan mereka di lokasi kejadian,โ€ katanya.

Beliau berkata, keterangan kedua-dua pemandu kereta sudah diambil selain ujian saringan air kencing dan darah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

โ€œKes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,โ€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 2:22 PM
..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s