PKPDB: Lahad Datu, Tawau, Kunak and Semporna…

..

..

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KANAN PERTAHANAN
MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR
(PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI DAERAH LAHAD DATU, TAWAU, KUNAK DAN
SEMPORNA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1,195 kes
positif jangkitan COVID-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna
dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020.
Daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65
kes) dan Semporna (255 kes).
Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan
telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.
PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini,
29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai
962,661 orang penduduk.
Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19
dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara
bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Dengan pelaksanaan perintah ini :
 Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang
tempoh perintah dikuatkuasakan.
 Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah
terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
 Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan
dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terlibat.
 Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.
 Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup.
Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan
Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi
kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat
Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta
mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan
boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut :
Lahad Datu : 089-881255
Tawau : 089-752222
Kunak : 089-851222
Semporna : 089-782020
YB DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kanan Pertahanan
28 September 2020

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s