Hannah Yeoh writes. 13 August 2019.

As we approach our National and Malaysia Day celebration amidst the growing anger and disillusionment with the current administration, I only have 2 prayer requests (because I am often asked about this):

– pray for success in wiping out corruption. After 9 May 2018, we are still dealing with the remnant of corruption. Some beneficiaries of the previous system will now struggle with the lack of open doors. Some new players will struggle with the sudden power at their disposal. The restructuring and reform of institutions are still on-going. ‘Malaysia Bersih’ song is now being played at every government function after the national anthem to remind the civil service of this new identity.

– pray for a new middle ground. After 9 May 2018, we are still dealing with the remnant of racism and extremism. These strongholds will pull every single policy decision and events (including accidents) to the extreme side of race and religion. The moderates and the middle ground are being accused of betraying their own race. Some political parties depend very much on these sentiment for their current survival and relevance and they still own mainstream media companies.

In our efforts to have a more inclusive Malaysia Baharu, we need to move away from fear and suspicion. Some are afraid of lights on a building resembling a cross or chinese calligraphy writings in the office of minister. Some are afraid of jawi. This is a mirror effect – guilty of the same fear we accuse another of. To remove these fears, a lot of engagement and consultation need to happen. The last 2 weeks the entire nation has been distracted. 1MDB trial has only just started. In other cases, we are still in the midst of finding traces of corruption because they hide well.

Finally, don’t be distracted. Malaysians conquered their fear and moved mountains to make 9 May happen. Our children depend so much on the decisions we make today. So much at stake. Let our kids play together again. Let them mingle beyond our comfort zone.

Move to the middle, Malaysians. Sound policies will never be made from both ends of extremism. The remnant of corruption and racism will want you to return to their ‘glorious days’ – giving in now is an act of sheer folly. Don’t allow Malaysia Baharu to break. We cannot afford it.

Hannah Yeoh
13 August 2019

Menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal diraikan di tengah-tengah kemarahan dan kekecewaan yang semakin meningkat terhadap Kerajaan hari ini, saya hanya mahu kita berdoa memohon dua perkara (ini kerana saya selalu ditanya mengenai perkara ini), iaitu:

-berdoa semoga kita berjaya menghapuskan amalan rasuah. Selepas 9 Mei 2018, kita masih lagi berhadapan dengan saki-baki kesan daripada amalan rasuah yang berlaku sebelum ini. Akibatnya, mereka yang biasa mendapat manfaat daripada sistem terdahulu kini terpaksa bergelut akibat tidak lagi mempunyai peluang. Manakala sesetengah yang masih baharu pula tidak biasa dengan terlalu banyak kuasa ditangan. Pembinaaan dan reformasi institusi masih berjalan. Lagu ‘Malaysia Bersih’ yang dimainkan selepas nyanyian lagu kebangsaan di setiap majlis rasmi Kerajaan bertujuan memperingatkan kakitangan awam akan identiti Malaysia yang baharu ini.

-berdoa untuk golongan pertengahan yang baharu. Malaysia baharu ini masih lagi bergelut dengan saki-baki isu perkauman dan ekstremism selepas 9 Mei 2018. Benteng ini akan digunakan bagi menolak setiap polisi yang diputuskan atau apa-apa kejadian yang berlaku (termasuklah kemalangan di jalanraya) ke penjuru isu bangsa dan agama sahaja. Golongan sederhana dan pertengahan pula akan didakwa mengkhianati bangsa mereka sendiri. Ini kerana, sesetengah parti politik masih lagi bergantung dengan sentimen ini untuk terus hidup dan kekal relevan malah mereka ini juga memiliki syarikat media arus perdana untuk dipergunakan semahunya.

Dalam usaha untuk menjayakan Malaysia Baharu yang lebih inklusif, kita mesti membuang rasa takut dan curiga antara satu sama lain. Ada yang takut dengan cahaya lampu yang berbentuk salib atau tulisan kaligrafi Cina di dalam pejabat menteri. Ada pula yang takutkan tulisan jawi. Ini adalah gambaran kepada diri kita sendiri – ketakutan dalam diri yang kita tuduh kepada orang lain. Kita perlu mengadakan lebih banyak libat urus dan perbincangan bagi membuang semua ketakutan ini. Seluruh negara telah terganggu sepanjang 2 minggu yang lepas. Perbicaraan 1MDB baharu sahaja bermula. Dan bagi kes rasuah yang lain, kita masih berusaha menjejaki mereka yang licik menyembunyikannya.

Akhir sekali, jangan kita teralih dari isu yang sebenar. Rakyat Malaysia telah berjaya menakluki ketakutan mereka dan mampu melepasi semua halangan bagi menjayakan 9 Mei. Tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan anak-anak kita. Terlalu banyak yang perlu dipertaruhkan. Biarkan anak-anak kita untuk bermain bersama-sama. Benarkan mereka bergaul melangkaui batas-batas yang kita sendiri bina.

Ayuh semua rakyat Malaysia, kita maju ke hadapan. Dasar-dasar yang terbaik tidak terbina melalui ektremism. Saki baki amalan rasuah dan perkauman hanya akan mengembalikan ‘hari kegemilangan’ mereka sahaja – dan memberikannya semula kepada mereka adalah tindakan yang tidak bijaksana. Jangan benarkan Malaysia Baharu ini diruntuhkan, kita tidak akan mampu menanggungnya.

Hannah Yeoh
13 Ogos 2019

Photo taken from Malay Mail article – Malaysians gathered outside Istana Negara after the victory on 9 May 2018.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s