..
A DEPUTY director of operations of a government department was detained today to assist in the investigation into the alleged misappropriation of an Aidilfitri ‘duit raya’ allocation amounting to RM22,500.
According to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) sources, the 53-year-old man was arrested at 11.45am when he turned up at the MACC office in Alor Setar.
..
ALOR SETAR: Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.
Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di sini.
“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.
“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/762234/timbalan-pengarah-ditahan-seleweng-duit-raya
..
..