…
18 December 2018
..
..
..

BEBERAPA video tersebar merakamkan detik bagaimana pemilik kedai bersaudara menyerang pelanggan dan rakan-rakannya menggunakan pedang dan pemadam api. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Putra Perdana Puchong petang semalam (16 Disember 2018) sekitar jam 17:30 petang.
Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelanggan berkenaan apabila pemilik bengkel mengenakan caj menyimpan kenderaan di atas parkir awam dan baik pulih kereta yang tidak munasabah.
Pelanggan berkenaan yang telah membuat laporan polis, datang ke bengkel tersebut cuba untuk mengeluarkan keretanya bersama dengan rakan-rakan yang lain.
Namun pemilik bengkel bertindak kasar menghalang kereta tersebut keluar daripada petak tempat letak kereta, dengan cara meletakkan kenderaan di kedua bahagian sisi, depan, dan belakang kereta itu.
Pergaduhan mula tercetus apabila pemilik bengkel dua bersaudara mengeluarkan pedang dan alat pemadam api bertindak mengejar serta menyerang pelanggannya serta rakan-rakan yang datang bersamanya.
Pemilik bengkel bersaudara itu bertindak menyerang dan memecahkan cermin kereta, selain menyembur alat pemadam api ke dalam kereta.
http://www.milosuam.net/2018/12/pemilik-bengkel-serang-pelanggan-guna.html
…
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1074593128231759873?s=19
…
..