Crocodiles! At Tuaran, Sabah.

zzztua

25 July 2018

zzzbyaya.JPG

.

Buaya muncul di kampung

TUARAN: Penduduk Kampung Serusup, di sini gempar apabila seekor buaya naik ke kawasan darat dari tepi laut, dipercayai mahu membaham ayam peliharaan kira-kira jam 9 malam tadi.

Buaya dianggarkan tiga meter itu juga semakin agresif selepas menyedari kehadiran lebih 50 penduduk termasuk penduduk Kampung Tajau yang datang melihat reptilia berkenaan.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azrah, 23, berkata reptilia itu mula disedari penduduk sejak Jumaat lalu di perairan laut namun ia kali pertama naik ke kawasan darat semalam.

“Beberapa ekor ayam peliharaan yang berkeliaran di tepi laut (berhampiran rumah) mungkin menarik perhatian buaya itu sehingga dilihat menghampiri ayam dan cuba membahamnya namun gagal sebaik menyedari kehadiran penduduk.

“Sementara menunggu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba, buaya itu kembali ke laut sebelum menghilang,” katanya ditemui NSTP.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/453683/buaya-muncul-di-kampung

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to Crocodiles! At Tuaran, Sabah.

  1. Doris Looi's avatar Doris Looi says:

    Not the 12 zodiac

    O

    K

Leave a comment