Lokman and 50 holds a Funeral March for Tommy Thomas and the AG’s Office…

8 August 2018

..

..

Polis buka kertas siasatan himpunan kecoh, haram

KUALA LUMPUR: Peserta satu perhimpunan dianggap mencabar undang-undang apabila cuba berarak dari hadapan Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata atas sebab itu pihaknya terpaksa menghalang peserta perhimpunan terbabit bagi mengelakkan timbul kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

“Pihak penganjur tidak memberi sebarang notis dan memohon permit, perhimpunan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.

“Bagaimanapun, pegawai saya sudah berbincang sebelum itu, kita bersetuju untuk mereka berkumpul dan berucap dalam tempoh satu jam, tapi bukan berarak.

“Apa yang berlaku malam ini, kita akan buka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Timbalan Pendakwaraya,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam, yang menganjurkan perhimpunan itu, berkata tindakan polis yang menghalang mereka daripada berarak menjadi punca kekecohan.

“Selalunya apabila dihalang, pihak polis akan membenarkan beberapa orang untuk ke balai polis, yang pada malam ini tujuan kami berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi adalah untuk berada jauh daripada kumpulan pemuzik busker.

“Namun perkara itu tidak berlaku, jika prosedur itu dipatuhi, tiada kekecohan atau pergelutan yang akan berlaku.

“Malangnya, pihak Ketua Polis Daerah memulakan perbincangan dengan menuding jari dan meninggikan suara, jadi saya sukar untuk kawal perasaan saya dan kumpulan ini,” katanya.

Terdahulu, perhimpunan yang dinamakan ‘Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara’ di hadapan Kompleks Sogo yang dianjurkan oleh PMB bertukar kecoh selepas cubaan mereka untuk berarak ke IPD Dang Wangi dihalang oleh polis.

Kekecohan bermula apabila Lokman tidak berpuas hati dengan kumpulan pemuzik busker yang membuat persembahan di sebelah tempat mereka berkumpul.

Dakwa Lokman, pembesar suara yang digunakan kumpulan itu sengaja dikuatkan bagi menghalang ucapan daripada pihaknya.

Lokman kemudian meminta anggota polis yang turut berada di kawasan itu mengarahkan persembahan itu dihentikan atau mereka akan mula berarak.

Cubaan kumpulan seramai kira-kira 50 orang itu kemudian dihalang oleh Shaharudin sehingga turut membabitkan Unit Tempur Ringan (LSF) untuk mengawal keadaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/471149/polis-buka-kertas-siasatan-himpunan-kecoh-haram

7 September 2018

..

 

 

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to Lokman and 50 holds a Funeral March for Tommy Thomas and the AG’s Office…

  1. E Lye says:

    New technology can eliminate such gatherings in minutes and only one policeman needs to be onsite. He/she will ask the crowd to disperse within 15 minutes. A recording of this request in various languages will be played through a loudspeaker. After the last recording ends a countdown begins. If the crowd does not disperse, he/she calls in a fleet of drones which will spray urine over the crowd. On second thoughts, ashes are better than urine since it is impossible to wipe off or wash off successfully and those marked can be easily identified escaping or on the run. Safer and cheaper than water cannon trucks or teargas. I just have this unconventional mind.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s