..
..
.
Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini.
Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah…adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.
Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi.
Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, keberadaan suaminya di sisi.
Seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.
Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”
Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.
Dan sebagaimana saudara-saudari semua, mummy juga percaya bahawa DSN berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.
Kita akan terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan dan kebebasan DSN agar dapat ketenangan dan kedamaian di masa DSN sudah berumur kini. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
solidariti4dsn
justice4dsn
Yana Najib
..