The Principal of SMK Senaling, Kuala Pilah threatens legal action over banner demanding the transfer out of her and senior teachers

..

..

..

..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02in41e2a9GKJbWikU2R8GJxUYpSb2boBCDH26Rxe7jxx2okzyBhdVpFHsLM1F5iJGl&id=100001440400595

KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU KAIN RENTANG TULAR

  1. Saya mengambil maklum tentang penyebaran kain rentang & hantaran di media sosial yang berbaur fitnah ke atas diri saya.
  2. Saya menafikan dengan tegas atas tuduhan yang disebarkan tersebut yang jelas sekali tidak benar, berniat jahat, dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya dan sekolah.
  3. Sebagai pengetua, saya dengan sepenuh hati menggalas amanah apabila ditempatkan di sekolah ini yang sudah 8 bulan tiada pengetua. Sebagaimana lazimnya, saya telah membuat penstrukturan semula yang mana saya percaya telah mengundang kepada serangan ke atas diri saya dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
  4. Saya terbuka untuk berbincang sebelum ini tetapi tidak akan berkompromi kepada individu yang culas dan sambalewa dalam berkerja termasuk tidak menunjukkan prestasi baik sepanjang perkhidmatan.
  5. Saya berpegang kepada piagam pendidikan dan ikrar saya sebagai seorang pengetua dan guru.
  6. Atas insiden yang berlaku, saya telah membuat satu laporan polis yang mana kes ini sedang dalam siasatan. Saya juga telah melantik peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan fitnah ini kerana ianya melibatkan maruah saya dan imej sekolah keseluruhannya dan juga kepada individu dan ‘page’ yang telah menularkannya di pelbagai platform media sosial.
  7. Saya memberi masa selama 48 jam kepada pihak yang terlibat melakukan serangan dan fitnah ini tampil bertemu saya untuk memohon maaf.
  8. Walaupun sebagai seorang pentadbir namun saya jua tetap manusia yang mempunyai timbang rasa.
  9. Tekanan kepada saya tidak mungkin membuatkan saya berganjak daripada mencari kebenaran dan menyatakan hak saya sekaligus menghilangkan fokus saya untuk mengembalikan kecemerlangan di SMK Senaling.

Salam hormat.

Normah Mohd Nor
Pengetua,
SMK Senaling

..

..

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s