Malaysia: UPM wants to contact people with Covid-19 who have their cats…

..

..

..

UPM cari sampel kucing pernah dijangkiti Covid-19

Diterbitkan 22 May 2021, 8:15 amDikemaskini 8:17 am

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut.

Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina.

Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka.

Kajian mengenai Status SARS CoV-2 (COVID-19) di dalam Kucing]🐱
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua,
Kami dari Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang menjalankan kajian berkenaan SARS CoV-2 (COVID-19) di dalam kucing. Sehubungan dengan itu, kami amatlah berbesar hati untuk menjemput pihak tuan/puan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.
See More
1
Comment
2

Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini.

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah.

Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan.

Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala.

Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

https://www.malaysiakini.com/news/575640

..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s