Quick-thinking and quick-acting Bt Tinggi police chief saves a girl’s life!

..

..

Ekhwan Haque Fazlul Haqueekhwan@hmetro.com.my

Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.

Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba memujuknya supaya bertenang.

“Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

“Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

“Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 8:48 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/684788/cuba-terjun-sebab-tertekan-dilarang-main-game

..

..

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s