Advertisements

Ugly Malaysians: When Bikers take the Law into their own hands…

Poor man! He apologized for giving them the wrong petrol but they beat him up anyway…

19 October 2018

..

IPOH: A man has been remanded for three days beginning today to facilitate investigations into an alleged assault by a group of men on a Petronas petrol station attendant in Sungkai earlier this month.

The remand order against the 25-year-old suspect was issued by Tapah magistrate Mohd Harith to probe the suspect for rioting.

Police arrested the trader from Cheras, Kuala Lumpur, when he surrendered himself at the Tapah district police headquarters at 4.15pm yesterday.

Perak Criminal Investigation Department head SAC Yahya Abd Rahman, in a statement today, said another suspect, aged 40, who was arrested at his house at Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, on Oct 17, had been remanded until Oct 21.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/10/19/2nd-suspect-in-petronas-assault-remanded/

..

Seorang lelaki direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai dipukul sekumpulan lelaki ​​​​​​akibat salah faham ketika mengisi minyak pada 6 Okt lepas.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berumur 25 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Lelaki itu yang juga peniaga dari Cheras, Kuala Lumpur ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pukul 4.15 petang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata seorang lagi suspek berumur 40 tahun yang ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 17 Okt lalu direman empat hari sehingga 21 Okt.

Katanya, lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.

https://www.malaysiakini.com/news/448045

..

TAPAH  18 Okt. – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja stesen minyak di  Sungkai dekat sini pada 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek pertama berumur 40 tahun ditahan pada pukul 9.45 malam semalam di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 21 Oktober ini.

Katanya, suspek kedua berumur 25 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang tadi setelah menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan akan direman esok di Mahkamah Majistret Tapah.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.
.

http://m.utusan.com.my/berita/terkini/kes-pukul-pekerja-stesen-minyak-polis-tahan-dua-lelaki-1.770318

17 October 2018

..

Farah Suhaidah Othman

POLIS meminta dua lelaki yang aksi mereka dirakam dalam video tular kes pukul dan baling objek kepada pekerja stesen minyak di Sungkai, 6 Oktober lalu, supaya menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata, susulan video berdurasi 42 saat itu menjadi tular , polis meminta kedua-dua saksi berkenaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu tampil membantu siasatan.

“Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di talian 012-2013048,” katanya dalam satu kenyataan di Sungkai, hari ini.

Klip video dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis stesen minyak itu tular sejak kelmarin, menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek.

 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387147/update-polis-cari-dua-lelaki-ini

16 October 2018

..

 

 

 

 

 

 

PEKERJA di kaunter stesen minyak di Sungkai cedera dipukul dan dibaling objek, 12.45 tengah hari 6 Oktober lalu.

Berdasarkan video berdurasi 42 saat yang tular di media sosial sejak semalam, mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh selain dibaling objek.

Mangsa kemudian dibawa masuk semula ke dalam premis sambil diekori kumpulan terbabit.

Menurut laporan polis yang turut menjadi viral, mangsa yang tinggal di Kampung Changkat Sulaiman mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa dan mangsa membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/386782/tersilap-minyak-punya-pasal

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Ugly Malaysians: When Bikers take the Law into their own hands…

  1. Doris Looi says:

    Thinking, drive,a,lorry

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: