Supporters of Najib Razak demands a tribunal to investigate Chief Justice Tun Tengku Maimun Tuan Mat

..

Desakan itu dibuat kerana mendakwa wujudnya pelanggaran kod etika kehakiman membabitkan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

.

..

Tubuh tribunal siasat dakwaan salah guna Ketua Hakim Negara

By

Muhammad Azizul Osman

1 April 2023

KUALA LUMPUR – Penyokong Datuk Seri Najib Razak mendesak  Kerajaan Perpaduan menubuhkan satu tribunal siasatan atas alasan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menyalahgunakan kuasa dengan melindungi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurut wakilnya, Zamil Ibrahim, langkah itu penting bagi memastikan keadilan diberikan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Zamil berkata semakan Hakim Kanan Mahkamah Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai hakim untuk semakan kes SRC International mendapati terdapat elemen salah guna kuasa terhadap kes berkenaan.

“Kami mengesyorkan kepada kerajaan agar satu tribunal dibuat seperti 1998 memecat Ketua Hakim Negara kerana kita dapati beliau telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 sebab ini bukan satu rahsia.

“Empat hari lalu di Thailand, saya telah minta laporan yang terdedah ini palsu,  jadi kita minta Jabatan Kehakiman Negara atau wakil Hakim Negara buat laporan polis kalau pendedahan itu palsu,” katanya selepas membuat laporan media di Ibu Pejabat Derah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Dalam pada itu, Zalim yang juga Timbalan Presiden Kelab Penyokong Perpaduan Ummah menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan siasatan berkenaan.

“Kalau bukan palsu, mana tindakan terhadap Hakim Mohd Nazlan kerana dia ada kaitan dengan kes Najib, kita tak dengar langsung isu ini dan kerana itu kita minta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong lihat perkara ini.

“Kalau nampak Ketua Hakim Negara atau Hakim Mohd Nazlan ini seleweng tolong ambil tindakan,”

https://malaysiagazette.com/2023/04/01/tubuh-tribunal-siasat-dakwaan-salah-guna-ketua-hakim-negara/

..

Advertisement
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s