Is is true that ex Minister Zuraida Kamaruddin’s service center was raided by MPAJ?

..

..

..

..

FMT Reporters

– December 15, 2022 5:23 PM

PETALING JAYA: Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Ampang di Ampang Jaya yang diserbu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah beroperasi hampir sembilan tahun, kata bekas Ahli Parlimennya, Zuraida Kamaruddin.

“Itu adalah Pusat Khidmat Parlimen Ampang yang beroperasi selama hampir sembilan tahun,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu ciapan tular yang mendakwa MPAJ mengenakan tindakan terhadap seorang wanita yang didakwa bekas menteri kerana membina pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran.

“Ada seorang wanita buat pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran. Hari ini telah dikenakan tindakan! Khabarnya bekas menteri,” ciapan yang menggunakan nama @lady_bugg11.

MPAJ ketika dihubungi mengesahkan Pusat Khidmat Parlimen itu tidak mendapat kelulusan.

Bagaimanapun, MPAJ berkata pihaknya mendapat kerjasama baik daripada pengurus Pusat Khidmat Parlimen itu yang bersetuju menyerahkan premis berkenaan.

“Pihak MPAJ mendapat kerjasama baik daripada pengurus Pusat Khidmat Parlimen yang bersetuju menyerahkan dewan untuk ditadbir urus oleh MPAJ,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Ampang sekarang memaklumkan Rodziah Ismail tidak beroperasi di pusat khidmat itu.

Beliau menjelaskan wakil rakyat diberi pilihan untuk menyewa ruang pejabat sebagai pusat khidmat mereka, atau menyewa pejabat daripada pihak berkuasa.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/15/9-tahun-dah-operasi-zuraida-jawab-isu-pusat-khidmat-kena-tindakan/

..

..

..

..

..

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s